Kali nie aku rancang nak gi ke bandung pulak, selepas misi aku gagal trip to GoldCoast, Australia disebabkan ada org tu cut aku nyer line.. Jadi aku pun plan nak gi bandung dgn budak2 hujung tahun nie. Tapi aku tak pasti, dpt gi ke tak.. aku xder masalah nak gi, tp member2 aku aaar… cuti diaorang mmg payah.. Aku kena apply cuti sebulan sebelum pergi, sebab kena isi form cuti ke luar negara. Plan kali nie aku bertiga jer.. lg 2 org aku tgh racun join sekali eheheh..
So mcm dulu2 gak, kalau trip ke mana2.. 50% aku plan betul2.. 50% aku gamble. Apa yang best nyer kat bandung nie??? hahaha.. mesti laa best, kat sana syurga membeli-belah.. pastu murah, n nak gak berasa berjalan2 negara orang.. So aku pun dah mula survey2 sebenarnya.. tarikh, flight, hotel dll.
Trip to Bandung
Tarikh & Masa
Tarikh cadangan aku nak gi 19hb Disember 2008 (hari jumaat) bertolak 11.35 pagi di airport LCCT (naik air asia) . Sampai sana 12.40pm (mengikut jadual air asia). Aku balik hari isnin 22hb Disember 2008. Aku gi pun 3 malam jer, sebab aku tau ipit xleh dpt cuti lelama.. ikutkan aku nak jer 5 malam kat sana muahahah
Hotel @ Penginapan
Bab penginapan nie plak, aku ada masuk web ini http://goholiday.airasia.com Kat situ laa aku bleh bajet2 hotel mana yg aku nak nginap dgn kemampuan kitaorang nih. So aku ada 2 choice : Grand Hotel PreAnger & Sukajadi Hotel. Kos tak mahal tak murah, sederhana.. bila aku view dari galeri foto web tue, mmg cantek, cam selesa jer.. tp gambar jer, hakikat nyer xtau lg camner tempat tue. Lagipun, kedua2 hotel tue dekat dgn airport & tempat shoping. Ini keutamaan aku. Taknak jauh-jauh dari tempat shoping.
Aku ada jalan2 ke weblog & fotopages org lain, tgk gambar2 diaorang kat sana, information yg aku boleh collect sebelum aku gi sana. Ada beberapa tempat yang menarik yg perlu aku pergi (dah tentu tempat shopping eheheh) nie pun aku survey kat forum2,, diaorang suggest pergi ke Banung Indah Plaza, Bandung Super Mal, Istana Plaza, Kawasan Dago yg byk Factory Outlet, Rumah Mode dan Pusat Jeans Cihampelas, nie mcm downtown@petaling street@rantau panjang kot. kalau salah bgtahu aku, n tempat2 yg menarik yg aku terlepas. Tempat makanan best, aku tak survey.. Bab yang itu aku gamble. xder dalam plan.
Kos & Perbelanjaan
Pertama sekali, mengenai kos, aku perlu tahu nilai pertukaran duit dari Myr pada duit Rupiah indonesia. Aku check kat easy access, Jualan untuk duit 100 RPH bersamaan dgn RM0.0395 (indicative rate pd 3/10/2008). So nak senang kira, 1juta rupiah = RM395. 00 baik aku bundarkan jd 400 hengget, lg senang kira.. leh ker camtu? huhuhu..
Kos penerbangan
Perlepasan Total 1,087.50 MYR
3 Tetamu @ 240.00 720.00 MYR
Airport Tax 75.00 MYR
Administration Fee 67.50 MYR
Fuel Surcharge 225.00 MYR
Pengembalian Total 1,012.50 MYR
3 Tetamu @ 240.00 720.00 MYR
Administration Fee 67.50 MYR
Fuel Surcharge 225.00 MYR
Jumlah Harga Pakej
2,100.00 MYR
tak termasuk rege bag berdaftar dan passport (aku dah ada passport, budak2 aku jer laa xder) Kira sorang kena Bayar RM710.00 termasuk bag berdaftar.
Kos Penginapan
Aku lihat rege di web go holiday dgn harga kat web hotel2 yang aku pilih, berbeza sedikit, tapi aku buat anggaran laa. So aku cuma ambil hotel Sukajadi Hotel sebagai priority aku untuk menginap. So aku pilih bilik Superior Triple (3 orang), kos nya untuk 1 malam RPH796000 tgk kat sini –> http://www.sukajadihotel.com/rates.html.
1 Malam = RPH796000 = RM314.42
3 Malam = RPH2388000 =RM943.26
Nie anggaran sahaja.. nak senang kira, aku bundarkan jadi RM1110.oo boleh ker? hahaha.. kena laa sorang bayar RM370.00 Biar bajet lebih, nanti pepahal senang.. xnak ngam ngam jer..
Kos Makan & Minum
Yang ini pula, aku tak masukkan dalam plan. Gamble plan. Makan pagi dah free, breakfast kat hotel.Tghari dan Buffet malam jer sendiri.
Kos Keseluruhan
Tiket Penerbangan + cukai pergi dan balik = RM710.00
Kos Hotel & Penginapan di Sukajadi Hotel = RM370.00
Kos Makan & Minum = Sengaja aku tak masukkan
Kos Shopping = Lepas balik shopping baru aku kira, hahaha
Jumlah keseluruhan = RM1080.00
So aku mmg plan n bajet gi sana cuma RM2500.00 So aku ada laa baki dalam RM1420.00 (RPH3594936.7, atau senang nak citer 3.5 juta rupiah lah) untuk kos makan n minum kat sana, membeli belah, kos naik teksi@motokar, sewa kereta, dan lain-lain kos tersembunyi. So nie cadangan n plan aku pd hujung tahun nie. Tak tahu lagi, jadi ke tak.. tak jadi tahun nie, tahun depan.. Harap2 jadi laa.. umur dah di penghujung dewasa nie…
So sesapa yg terbaca, ada cadangan sebelum aku gi sana.. di persilakan.. aku mengalu-alukan sebagai panduan aku ke sana..
Adios amigos… chaiyo- ja ne